Tunggu Apa Lagi??

Powered By Blogger

Monday, February 23, 2009

masih mengharap...

aku masih mengharap...
mengharap agar dia akan lebih mengerti akan perasaanku,
mengharap agar dia akan cuba untuk mendekati aku,
mengharap agar dia cuba untuk menyayangiku,
mengharap agar dia lebih ambil tahu tentang diriku.
aku masih mengharap...
biarpun dia buat tidak tahu, ku harap suatu hari nanti dia akan berubah,
biarpun dia tak ambil kisah, ku harap suatu hari nanti dia akan kisah,
sudah hampir setahun berlalu, namun dia tetap begitu,
bila ditanya, ada sahaja jawapan yang diberikan,
dia tidak mahu berikan kepastian, hanya jawapan kosong yang menyakitkan hati.
ku harap agar hati ini akan terus bersabar, namun,
apakan daya, sabar manusia ada batasnya,
hati yang terasa susah untuk ditangani,
emosi yang tercalar juga sukar untuk dihilangkan.
aku masih mengharap....

No comments:

Post a Comment