Pada 19 Januari yang lepas saya ke Pejabat Imigresen di Putrajaya. Saya tiba pada jam 7.15 minit pagi. Oleh kerana hujan yang lebat maka saya menunggu selama 10 minit sebelum keluar dari kereta untuk ke kaunter. Jam 7.25 minit pagi, saya tiba di kaunter. Kaunter mengambil nombor sepatutnya dibuka pada 7.30 pagi.
Tetapi, apa yang mengejutkan saya adalah semasa saya tiba, sudah terdapat ramai orang yang beratur semata-mata untuk mengambil nombor giliran. Perkara yang mengejutkan saya adalah, keseluruhan orang yang beratur tersebut terdiri daripada kaum cina secara majoritinya. Hanya saya seorang melayu di situ. Terdapat juga seorang india di situ.
Persoalan yang ingin diketengahkan adalah mengapa hanya orang cina yang ramai pada waktu tersebut? Selain itu, fenomena ini juga menunjukkan bahawa orang cina di Malaysia amat bijak dalam menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Selepas jam 8 pagi barulah nampak kelibat orang-orang melayu di kaunter terbabit. Hal ini menunjukkan yang orang cina ini cekap menggunakan kemudahan di situ. Orang-orang melayu yang datang pula diperhatikan seperti tercengang-cengang dengan prosedur yang perlu dilalui.
Perkara utama yang ingin saya utarakan adalah kita sebagai orang melayu masih tidak ramai yang tahu bagaimana untuk merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kesudahannya apabila peluang tersebut telah diambil oleh orang lain, barulah kita mahu berkata yang tiada peluang diberikan untuk orang melayu. Di sini dapat dilihat bahawa persepsi orang melayu masih belum berubah. Hanya segelintir yang tahu merebut peluang, manakala yang selebihnya hanya menunggu sehingga peluang itu perlu diserahkan di tangan mereka sendiri barulah menyedarinya.
Saya hanya mengutarakan apa yang difikirkan oleh saya semata-mata. ini hanyalah pandangan saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Bukan untuk mengagung-agungkan sesiapa tetapi untuk membolehkan bangsa saya sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik. mungkin ada yang tidak setuju dengan saya dan itu adalah hak anda sebagai individu....
